Tuesday, 7 June 2011

aku bukan perampas #8

tiba sudah family day jabatan elektrik. dan sumpah siriyes shit aku tak excited langsung bila teringat yang oni 1 group dengan aku. kacau daun sungguh! 

“chaaa! im ready! lets go to the court!” dari tangga hostel aku dah dengar oni menjerit ajak aku pergi ke tempat berhimpun. heh. 

“wait a minute. nak pakai tudung ni!” 

“cepatlah cha! yang lain semua dah pergi. kita je ada kat sini lagi! hurry cha! oni tak sabar nak tengok zoul harini. rindu!” pagi pagi oni dah buat aku hilang mood and today will be my shitty day i guess. 

and yes, setiap jam minit saat time family day tu oni asyik berkepit dengan zoul and I was like hello? ni bukan time dating ye belangkas? ni time family day? behave la sikit! ni buat aku rasa benci dengan zoul ni. tak break lagi dengan eyfa dah melayan oni tuh macam gf pulak. dumbfuck! 

can we cut this part and fast forward? takde apa yang menarik time ni melainkan hati aku sakit tengok oni tergedik gedik dengan zoul. titik. 

malamnya, ada dinner sempena family day ni. and disebabkan apa entah, zoul tak duduk dekat dalam group dia which is ada aku dengan oni. dia pergi lepak dekat group yang ada classmate dia. mungkin malu sebab dia seorang je lelaki memandangkan lelaki dalam group aku ni semua masuk persembahan. 

tengah sesedap aku dengan memember 1 group tangkap gambar ada sorang mamat hensem tinggi kacak bergaya dengan baju melayu duduk berdepan dengan aku. tujuan dia nak tengok persembahan. oh ye. meja group aku depan sekali so ramai la yang datang serbu meja kitorang termasuk mamat hensem ni. 

dan hari family day tuh berakhir dengan tak best sekali bila time nak balik hostel si oni berjalan berdua duaan dengan zoul. bukan main lagi diorang ni. geram sungguh! 

sampai je dekat bilik aku terus buang mekap berkemban and terus nak pergi mandi tetiba .. 

“tasha! ada orang kirim salam!” bella tetiba menyapa. kebetulan bilik dia dekat dengan bilik air. 

“siapa pulak ni bell?” aku layan acuh tak acuh. mungkin sakit hati lagi dengan tindakan oni. 

“tadi perasan tak ada laki duduk dekat depan kau? pakai baju melayu purple. perasan tak? dia lah kirim salam!” OMG! dia la yang aku cakap hensem kacak bagai tadi kan? hihi! aku dah tersenyum kambing depan bella. 

“siapa nama dia bell?” 

“remy. dia ada pesan nak nombor fon. kalau boleh nanti bell pass je la dekat dia. how?" memandangkan aku dah lama berkawan dengan bella so tak heran lah dia ada nombor aku dan kebetulan si remy tu pulak 1 class dengan bella.

“give me his number. let me text him first okay? tapi lepas cha mandi la eh?” 

“okay.”  bella terus tutup pintu bilik and aku terus beredar ke bilik air. 

sebelum tidur aku capai fon. ambil kertas kecil yang bella bagi lepas aku keluar bilik air tadi. 

remy. 0195635**5. 

aku fikir punya fikir nak send text dekat remy ke tak. dah lah hensem! bergaya pulak tu! pergh! mungkin dia pengubat aku tak? fikri buat hal. zoul pon oni dah rembat. ah lantak. text je lah! 

hai remy. this is my number. nice to know u – erin natasha. 

aku terus tekan send tanpa berfikir banyak. tak sampai 5 minit remy reply. 

nice name. what should i call u then? and yeah nice to know u too. i terpikat tengok u dekat dinner tadi. beautiful. and hati i rasa nak sangat kenal dengan u.

awwwh! dia siap puji bagai okay remy ni! konon sweet la tuh? okay aku reply. 

panggil erin je ok? by the way i dah ngantuk actually. penat petang tadi main game kan? u pon mesti penat. text u later. goodnite! :) 

haruslah jual mahal dulu kan? haha! tapi aku betul betul dah ngantuk. walaupun aku rasa nak sangat nak text remy hensem ni tapi aku siriyes ngantuk. 

hai remy! kau boleh buat aku lupakan fikri tak?

kalau zoul dan fikri bukan untuk aku, aku harap remy orang yang sesuai. 





Monday, 6 June 2011

aku bukan perampas #7

esoknya pepagi fon aku dah bunyi. demmit! aku tak cukup tidur lagi kot dah kacau. baru aku nak maki tetiba aku dengar suara oni menjerit di corong henfon.. 



“chaaaaa! where are u? we all looking for u lah for the whole day! where the hell are you chaa?” tak sempat aku nak jawab aku dengar pulak suara fatin “weh cilake! kau kat mana ni buat kitorang risau ni? kata tak balik siyal? kau kat rumah eh?” dan bila aku nak jawab fon tu dirampas oleh esya. 

“cha kat mana ni? balik rumah ke semalam? tak bagi tau kitorang pon?” 

“cha kat rumah cousin. balik dengan fikri semalam. im sorry semalam nak rush thats why forgot to tell u all. sorry okay? malam ni cha balik la.”

“gila kau cha? petang ni ada meeting family day jabatan kita la!” syu dah mula nak lepaskan kemarahan. 

“cha! u better balik cepat! karang tak pasal pasal nama kita buruk cha! kita dah la suka buat hal. hurry upp!” oni menjerit buat aku rasa nak bagi penyepak dekat muka dorang semua. 

aku fedup betul bila diorang call buat loud speaker. aku tak sempat nak cakap apa apa lagi diorang dah membebel bagai. fucked up! aku terus putuskan line. 

tak sampai beberapa minit fikri call. dia ajak balik poli awal sebab nak siapkan group esaimen. nasib aku baik. tak payah la aku nak call dia nak ajak balik awal. dan seperti yang dijangka, fikri pergi angkut member yang nak tumpang dia instead of angkut aku dulu. mungkin dia tak nak ada aksi air mata lagi dalam kereta dia =.=’ 

sampai dekat poli aku terus pergi dekat court badminton untuk meeting family day tu. memandangkan aku dah tahu zoul 1 group dengan aku so aku cari muka dia je. and finally, aku jumpa group aku and I was very surprised bila nampak oni duduk sebelah zoul. hey wait! what the fuck happened ni? 

“chaaa! lambat betul sampai. meeting da nak habis dah pon ni!” oni tegur aku bila aku duduk sebelah dia. tapi serious shit bila aku tengok dia aku terus hilang nafsu nak berborak. 

“eh kita sama group! bestnyaaaaa!” oni sambung lagi. and dalam hati aku dah mencarut carut dah. how come dia boleh masuk group sama aku ni? 

“oni memang group sama dengan cha ke? how come i didnt notice we''re in the same group before?” aku tanya sambil buat muka siriyes. 

err.. oni mintak tukar. saja nak dekat dengan zoul. hihi!” oni seakan akan berbisik. tidak mahu suaranya didengar oleh zoul agaknya. 

aku fucked up. terus bangun and blah dari tempat meeting tu and bagi alasan dekat senior aku migraine. aku terus pergi lepak dekat café sengsorang. 

“apesal tak gi meeting?” aku tak perasan bila fikri ada dekat café jugak. aku senyum. hilang sakit hati dekat oni tadi. 

“malas! tak larat lah. lagipon lapar gila ni.” 

“jom lah makan sesama. orang pon lapar jugak ni.” fikri ni makin pelik tetiba nak baik. 

sedang aku kusyuk berborak dengan fikri sambil makan aku tengok segerombolan student jabatan aku berjalan ke arah café. dah habis meeting mungkin. 

aku nampak zoul berjalan dengan classmate dia. dan bila dia lalu sebelah meja kitorang, dia usha fikri macam tak puas hati. dan bila dia pandang aku, dia terus jeling. 

hey man! what the fuck? aku hanya boleh mencarut dalam hati bila dijeling zoul. shit ahh! whats wrong?

“dia suka lelaki tu kan?” fikri tanya soalan yang aku tak jangka langsung akan keluar dari mulut dia. 

“yeah. i thought nak approach dia but im kinda shy and tetiba tengok si oni dah dapat dia dulu. how u know by the way?” aku selamba je mengaku. biar lah. bukan dia nak dekat aku pon kan? 

“oni bagitau. bagus la kalau dia dah boleh move on tanpa orang.” fikri terus bangun dan tinggalkan aku makan sengsorang. aku hanya pandang kelibat dia sampai hilang dari pandangan. 

aku tahu kau sakit hati fikri bila tahu aku sukakan orang lain. tapi aku dah malas nak ambil tahu sebab kau tak bagi aku peluang langsung untuk masuk dalam hidup kau balik! 

and oni ? kau saja bagi tau fikri pasal zoul kan? member apa macam ni??!!



apa salahnya aku nak move on kalau harapkan bulan jatuh ke riba kan?


Wednesday, 1 June 2011

aku bukan perampas #6

sampai je dekat KL dia hantar sorang sorang kawan dia dekat rumah dulu. sorang dekat bangi sorang lagi dekat keramat. bila dah hantar dorang baru aku dapat duduk dekat depan. tapi sangat shit bila lidah aku automatik kelu. tak boleh nak berkata apa. dah kecik hati mungkin dengan perangai fikri ni. 

“lapar tak? kita gi makan dulu before pergi jamming?” fikri mulakan perbualan. 

“lapar. kita nak pergi makan kat mana? by the way, my parents takde dekat rumah so can you send me to my cousin house? dekat Gombak tu?” tetiba aku mula terfikir yang parents aku takde dekat rumah. kenapa aku balik? semua sebab nak dekat dengan fikri! gila tak gila lah aku macam ni. 

“kita makan kat NZ wangsa maju tu je lah. lagi pun nak jamming kat belakang tu aje. ok after habis jamming orang hantar dia. don’t worry lah! tapi jangan lupa bayar duit minyak!” what the? aku mula tarik muka. 

“fine! dekat kengkawan dia hantar sampai bangi sana tak nak pulak mintak duit minyak? dekat orang yang nak hantar dekat ni mintak pulak? ok. ok.” geram aku dengan fikri ni. 

“im joking la sayang. jangan nak serious sangat la.” pujuk fikri sambil gengam erat tangan aku and i was like… OMG! OMG! bergenang air mata time tu jugak! 

aku terus senyap. bukan senyap sebab malu tapi sebab speechless. aku tak faham perangai fikri ni. kejap layan aku macam gf. kejap macam musuh. tapi bila aku mintak sambung kembali relationship kitorang dia taknak langsung! what do you want from me fikri?! 

lepas je makan dekat NZ wangsa maju aku fikri dan kengkawan band dia terus gerak pergi dekat tempat jamming. aku duduk je tengok dorang jamming. fikri main gitar. tapi kengkadang dia jugak jadi backup vocal. mata aku tak lepas dari pandang fikri. kalaulah aku tak buat keputusan bodoh untuk lepaskan dia mesti keadaan tak macam ni …. 

“ok last song for todayyy! korang nak nyanyi lagu ape ni? khas untuk erin lah weh!” lamunan aku terhenti bila faris salah sorang gitaris dalam band memandang aku.  

“ok meh sini gua nak nyanyi!” fikri mula berbisik dengan diorang. aku tak tahu apa yang dia bisikkan. muka aku blur. aku tunggu je lagu apa yang dia nak tujukan untuk aku. 


menatap indahnya senyuman di wajahmu, membuat ku terdiam dan terpaku. mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku, banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu. aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku. disetiap langkah yang meyakiniku kau tercipta untukku sepanjang hidupku …….. 


Tercipta Untukku by Ungu. lagu terawal yang dia berikan kepada aku masa kitorang tengah hangat dilamun cinta. dan kali ni dia nyanyikan untuk aku. untuk apa? untuk sakitkan hati aku? 

aku menangis dekat situ jugak. sambil disaksikan kengkawan band dia. dan pada masa tu jugak aku dapat rasa yang aku akan jadi milik dia malam ni..…. 

tapi aku silap. lepas je daripada jamming dia terus hantar aku balik tanpa sepatah kata. 

“orang betul betul sayang kat dia. please la terima orang balik?” aku cuba pujuk entah ke berapa juta kalinya. 

“maaf. hati orang tak terbuka lagi untuk sesiapa. hati orang tak sembuh lagi.” itu jawapan yang tiap kali aku akan dapat bila diajukan soalan yang sama. 

kami terus senyap di dalam kereta. dan tetiba lagu Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu berkumandang di radio. lagu yang aku berikan kepada fikri di saat aku mula menagih kembali cinta dia. 


……telah lama kupendam perasaan itu menunggu hatimu menyambut diriku. tak mengapa bagiku cintaimu adalah bahagia untukku bahagia untukku. ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu meski ku tunggu hingga hujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya. dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja ntuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja….. 


aku menangis bila dengar lagu ni. lebih teruk dari aku menangis time dia nyanyikan lagu Tercipta Untukku tadi. fikri hanya pandang dan diam seribu bahasa sampailah dekat rumah cousin aku…. 

“thanks hantar. esok before nak balik poli call orang dulu eh? takut tertidur.” aku terus bukak pintu kereta tanpa memandang fikri. lantas dia menarik tangan aku dan terus peluk aku. aku menangis dalam pelukan dia yang erat. sangat erat. 

“terima erin balik please? please?” aku merayu di dalam pelukan fikri. aku tahu dia turut sama mengalirkan air mata tapi kerana ego dia hanya diam tanpa sepatah kata. dan selepas itu dia terus lepaskan aku keluar dari kereta. 

aku masuk rumah dengan perasan yang sangat hampa. kenapa dia perlu mainkan perasaan aku?!


berapa lama lagi kau nak seksa perasaan aku sampai kau puas?