Wednesday 1 June 2011

aku bukan perampas #6

sampai je dekat KL dia hantar sorang sorang kawan dia dekat rumah dulu. sorang dekat bangi sorang lagi dekat keramat. bila dah hantar dorang baru aku dapat duduk dekat depan. tapi sangat shit bila lidah aku automatik kelu. tak boleh nak berkata apa. dah kecik hati mungkin dengan perangai fikri ni. 

“lapar tak? kita gi makan dulu before pergi jamming?” fikri mulakan perbualan. 

“lapar. kita nak pergi makan kat mana? by the way, my parents takde dekat rumah so can you send me to my cousin house? dekat Gombak tu?” tetiba aku mula terfikir yang parents aku takde dekat rumah. kenapa aku balik? semua sebab nak dekat dengan fikri! gila tak gila lah aku macam ni. 

“kita makan kat NZ wangsa maju tu je lah. lagi pun nak jamming kat belakang tu aje. ok after habis jamming orang hantar dia. don’t worry lah! tapi jangan lupa bayar duit minyak!” what the? aku mula tarik muka. 

“fine! dekat kengkawan dia hantar sampai bangi sana tak nak pulak mintak duit minyak? dekat orang yang nak hantar dekat ni mintak pulak? ok. ok.” geram aku dengan fikri ni. 

“im joking la sayang. jangan nak serious sangat la.” pujuk fikri sambil gengam erat tangan aku and i was like… OMG! OMG! bergenang air mata time tu jugak! 

aku terus senyap. bukan senyap sebab malu tapi sebab speechless. aku tak faham perangai fikri ni. kejap layan aku macam gf. kejap macam musuh. tapi bila aku mintak sambung kembali relationship kitorang dia taknak langsung! what do you want from me fikri?! 

lepas je makan dekat NZ wangsa maju aku fikri dan kengkawan band dia terus gerak pergi dekat tempat jamming. aku duduk je tengok dorang jamming. fikri main gitar. tapi kengkadang dia jugak jadi backup vocal. mata aku tak lepas dari pandang fikri. kalaulah aku tak buat keputusan bodoh untuk lepaskan dia mesti keadaan tak macam ni …. 

“ok last song for todayyy! korang nak nyanyi lagu ape ni? khas untuk erin lah weh!” lamunan aku terhenti bila faris salah sorang gitaris dalam band memandang aku.  

“ok meh sini gua nak nyanyi!” fikri mula berbisik dengan diorang. aku tak tahu apa yang dia bisikkan. muka aku blur. aku tunggu je lagu apa yang dia nak tujukan untuk aku. 


menatap indahnya senyuman di wajahmu, membuat ku terdiam dan terpaku. mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku, banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu. aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku. disetiap langkah yang meyakiniku kau tercipta untukku sepanjang hidupku …….. 


Tercipta Untukku by Ungu. lagu terawal yang dia berikan kepada aku masa kitorang tengah hangat dilamun cinta. dan kali ni dia nyanyikan untuk aku. untuk apa? untuk sakitkan hati aku? 

aku menangis dekat situ jugak. sambil disaksikan kengkawan band dia. dan pada masa tu jugak aku dapat rasa yang aku akan jadi milik dia malam ni..…. 

tapi aku silap. lepas je daripada jamming dia terus hantar aku balik tanpa sepatah kata. 

“orang betul betul sayang kat dia. please la terima orang balik?” aku cuba pujuk entah ke berapa juta kalinya. 

“maaf. hati orang tak terbuka lagi untuk sesiapa. hati orang tak sembuh lagi.” itu jawapan yang tiap kali aku akan dapat bila diajukan soalan yang sama. 

kami terus senyap di dalam kereta. dan tetiba lagu Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu berkumandang di radio. lagu yang aku berikan kepada fikri di saat aku mula menagih kembali cinta dia. 


……telah lama kupendam perasaan itu menunggu hatimu menyambut diriku. tak mengapa bagiku cintaimu adalah bahagia untukku bahagia untukku. ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu meski ku tunggu hingga hujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya. dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja ntuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja….. 


aku menangis bila dengar lagu ni. lebih teruk dari aku menangis time dia nyanyikan lagu Tercipta Untukku tadi. fikri hanya pandang dan diam seribu bahasa sampailah dekat rumah cousin aku…. 

“thanks hantar. esok before nak balik poli call orang dulu eh? takut tertidur.” aku terus bukak pintu kereta tanpa memandang fikri. lantas dia menarik tangan aku dan terus peluk aku. aku menangis dalam pelukan dia yang erat. sangat erat. 

“terima erin balik please? please?” aku merayu di dalam pelukan fikri. aku tahu dia turut sama mengalirkan air mata tapi kerana ego dia hanya diam tanpa sepatah kata. dan selepas itu dia terus lepaskan aku keluar dari kereta. 

aku masuk rumah dengan perasan yang sangat hampa. kenapa dia perlu mainkan perasaan aku?!


berapa lama lagi kau nak seksa perasaan aku sampai kau puas?






4 comments:

oranglidi said...

laa... nz wangsa maju ke? dulu umah sewa aku kat area tu la. seksyen4. hehe.

die pluk ko? oh tidak! ada makna ni. heuheuheu.

Unknown said...

serius, macam baca novel terbitan alaf21.

NanaNeriza said...

hi there..:)

FarhanaRazaki said...

pergh.norhayati berahim pon kalah