Friday 10 June 2011

aku bukan perampas #9

selepas aku tertidur kepenatan malam tu, esoknya aku bangun lambat. pukul 1 petang habaq hang! bangun je aku terus mandi pakai baju siap terus pergi bilik esya.

“esya … jom lunch. lapar lah!”

“esya dah makan laa tadi cha. esya kejot cha banyak kali tak sedar sedar. tapi kalau nak pergi makan sekarang esya boleh je teman. yang lain semua takde. dorang pergi pekan. lepak kot.” aku panas tetiba. mesti dorang teman oni dating dengan z0ul barangkali. shit!

“hmm… jom lah makan! cha lapar gila ni!”

esya follow aku dari belakang. dia tau mood aku tak baik dan dia sorang je tahu aku simpan perasan dekat zoul. kalau yang lain tahu mungkin akan dimarahi sebab diorang paling sayang dengan oni. mungkin oni selalu bagi apa yang diorang nak. orang kaya boleh lah! heh.

sampai dekat café aku rasa nak senyum puas puas bila aku tengok zoul. means oni bukan keluar dengan dia. hihi! tapi gila la kalau aku senyum sorang sorang kan? so aku cover. aku buat muka chillax je. then aku tengok member member yang tengah lepak dengan zoul. eh? remy pon ada? macam best je! aku dah terfikir sumthing yang ohsem. heheheheh.

bila aku nampak remy berkawan dengan zoul lagi kuat perasaan aku nak kenal dengan remy. tu la perempuan. untuk cari perhatian lelaki macam macam cara digunakan termasuk kawan dengan kawan orang yang kita suka. tak pun kawan dengan kawan ex bf. macam aku kawan dengan kawan fikri si zack tuh. bila fikri tau dia mengamuk. kan dah dapat perhatian ?

tengah aku dan esya makan tetiba ada text masuk ..

I cant take my eyes of you pretty. seriously!

hmm.. text dari remy. aku pandang ke arah meja remy. guess what? bukan remy je pandang aku. tapi zoul pon turut pandang sekali. jantung aku nak luruh. cepat cepat aku reply ..

u know what? u’re so sweet. come join me if u want to :)

aku saja ajak remy join aku makan sebab nak tengok reaksi member member dia terutama zoul tapi …

im sorry. i dah nak naik hostel lah dear. i banyak sangat esaimen nak kena siapkan dengan dorang ni. how i wish i could u know… :(

ouh. itsokey. next time la.

sorry eh u? :)

:)

heh. kalau tau tadi tak payah ajak. faking betul. baru aku nak tarik perhatian zoul. kacau lah remy ni!

“eh cha! makan lah. dari tadi mesej siapa sesenyum ni?” esya tegur aku. kusyuk sangat text sampai lupa nak makan. kehkehkeh.

“tu hah! remy. malam dinner semalam baru kenal dia. hensem kan? macam zoul jugak! tak dapat zoul dapat budak yang 1 course dengan dia pon okay jugak! hahaha!” aku cuba gelak untuk sedapkan hati. entah kenapa.

“chaaa! are u nuts? he had a gf already! si eyda tuh! budak class zoul yang garang kemain tu. tak kan tak tahu?”

“really? takpe lah. kalau dah jodoh nak buat cemane ye dak?” selamba je aku jawab sambil buat muka yang sangat inesen.

“nak jadi perampas macam oni ke cha?! cuba bayangkan bf cha curang? sukaa?!” esya seakan menjerit. aku terdiam. tapi dalam hati aku senyum. heh. like i care.

dah ada gf rupanya remy. aku agak terperanjat sebenarnya. tapi aku bukan nak sangat dengan remy pon. cuma aku nak remy untuk tarik perhatian zoul. aku tahu aku jahat tapi remy pon dah ada gf so what? aku yang salah sebab melayan atau remy yang salah sebab menggatal?

gitar takkan berbunyi kalau tiada orang petik bukan?


4 comments:

oranglidi said...

hadoiii.. plak dah. dah ade makwe rupenye. miang gak remy ni. cis. hahahaha.

c.tie said...

laki mna ckup 1 kn.. hmm

ghost said...

makin lama makin aku kenal akan peribadi si cha nih..makin lama makin ramai jadi batu loncatan untuk dia takel si zoul tuh...

Unknown said...

indahnya hidup kau..