Tuesday, 21 June 2011

aku bukan perampas #11

kejadian dekat kedai makan tu buat aku dan fikri bergaduh. teruk. dia tuduh aku perempuan yang tak setia. atas dasar apa dia tuduh aku tak setia sedangkan aku bukan milik sesiapa? aku buntu.
“kata sayang dekat orang, why are u cheat on me huh? depan mata orang pulak tuh!” fikri marah. mata dia merah. mungkin tahan marah. mungkin tahan air mata. God knows.
“dia nak cakap orang curang ke ni? hey! listen here! dia tak pernah nak terima orang jadi gf dia balik and now u cakap i curang? i tipu u? what the fuck ni? like seriously. im not yours kan? so what?”  aku mula naik angin. cukup selama ini aku bersabar dengan dia. cukup.
“at least bagi orang something yang boleh buat orang percaya dekat dia. ni orang tak terima dia dalam hidup orang lagi dah sibuk date sana date sini apehal? whats wrong with you?! “
“so now what? u wanna ask me to be yours and stop teasing around? huh?” aku seakan akan minta kata putus dari fikri.
“orang tak ready lagi.”
“see? kalau tak nak dekat orang just cakap tak nak! jangan nak simpan orang seksa perasaan orang macam ni! enough la fikri! we’re done! DONE!!”
aku tak faham fikri. aku tak faham apa yang dia nak. aku tak faham langsung kenapa dia macam tu.
pagi pagi jumaat aku dapat text dari fikri ajak balik KL. tapi aku tolak. aku dah malas nak layan lelaki ego macam dia. lagi pun aku dah janji dengan remy nak balik KL sama sama.
kitorang dating dekat pavilion. takde apa yang best pon. bosan! maybe sebab dalam otak aku terbayang wajah fikri. rasa bersalah. tapi perlu ke aku rasa bersalah? shit!
ahad malam. aku baru masuk pagar hostel tetiba aku nampak ada 3 orang perempuan depan pintu bilik aku. dah kenapa pulak ni? spotcheck? mana ada aku bawak menatang haram! rokok pon takde la woi!
“hah ni la perempuan tu!” aku nampak salah seorang perempuan hitam pendek menghalakan jari telunjuk ke arah aku.
“yes ladies? can i help you?” aku buat muka selamba. nak takut apa kalau aku takde buat salah ye dak?
“tak payah nak speaking sangat la! tahu la budak diploma!” eh? kerek betul minah hitam pendek sorang ni. tapi aku masih tenang.
“korang ni nak apa? kenapa berdiri depan pintu bilik aku ni?” aku bertanya buat kali kedua. berbahasa melayu. bagi paham sikit.
“so engkau erin natasha? yang keluar dating dengan remy dekat pavilion tu eh?” tanya salah seorang perempuan dekat situ. putih tapi muka dah kemerah merahan. tahan berak ke? heh.
“yes. why? ada masalah?” kehkehkeh. gila selamba aku jawab. memang faking aku rasa diri aku time ni.
“aku gf dia. eyda. apa kau nak sangat dekat dia ni? kau ingat dia single ke?”
aku gugup.
“well err.. dia cakap dia dah nak break dengan u. dia bosan dengan u. queen control sangat.” mulut aku lantas je menjawab tanpa diberi isyarat oleh otak terlebih dahulu.
“so that’s means kau boleh amek je dia dari aku ke? stupid bitch!” woh? terkejut aku bila dia mem-bitch-kan aku. tak boleh jadi ni.
“hey! u ingat bf u tu hensem sangat ke? tak hingin la weh aku nak jadi perampas kalau bf muka lagi sikit nak sama macam perogol bersiri!” sekali lagi mulut lancar bercakap tanpa isyarat otak.
“so yang kau sibuk keluar goda dia sana sini tu ape cer pulak weh? perogol bersiri konon! layan jugak? apa kau desperate sangat ke sampai nak rampas bf aku?”
“heh? rampas? tak hingin la weh! mulai harini aku takkan contact dah dengan perogol bersiri tuh! puas? now berambus! BERAMBUS!” aku menjerit! sepak pintu bilik aku sekuat hati. desperate? sial la perempuan ni!
diorang terus blah. takut aku tendang diorang kot. hmmphh!
aku terus mandi. kasi sejuk sikit perasaan dan hati aku ni. rasa nak mencarut berbakul bakul ni aku simpan je. salah aku jugak layan remy sial tuh! faking! faking!
malam tu aku tak boleh nak lelap. mungkin panas hati lagi. aku terus on laptop. log in myspace. check friend request and WHATTTTTTTTTT THEE?
zulkifli khuzairy.
ni zoul. dia add aku? mimpi apakah ini? WHATTAAA?!
aku terus tekan approve tanpa sebarang ragu ragu. hikhik!  



Tuesday, 14 June 2011

aku bukan perampas #10

petang esok tu aku ada test. test yang sangat susah bagi otak aku. and yeah. i really hate to attend class when it comes to quiz test or fucking exam. siriyes! otak mesti blur. nak study pon payah. ni la jadi kalau mak bapak paksa study. sigh~ 

memandangkan semalam tak study langsung, bukan 1 2 soalan je tak dapat jawab. tapi banyak gilaa soalan aku tak dapat jawab dan paling aku benci bila esya buat muka bangga dapat jawab tapi langsung tak nak kongsi jawapan dengan aku. celaka. 

know what? esya ni memang baik dengan aku siap kongsi makan kongsi bantal tapi bab pelajaran? dia asyik nak bersaing dengan aku. tapi aku masih lagi lucky sebab dia tak pernah dapat potong markah markah aku walalupun aku malas study. and kadang kadang aku rasa annoying dengan best friend macam ni. 

keluar je dari class air mata aku mengalir. ni la perangai paling ngengade sekali aku ada. pantang tak dapat jawab test mesti nanges. ye lah. habis carry mark dapat berapa je nanti. dan time macam ni esya oni syu and fatin memang tak kan ganggu aku. aku lagi selesa emo sengsorang tak pun mengadu dekat bf. tapi mana ada! nak ngadu dekat parents nanti sesia kena membebel… 

hai erin. u dekat mana? text dari remy masuk. timing yang agak tepat. aku dah berkira kira nak mengadu. 

i baru habis test :( why? 

kenapa sedih? i ingat nak ajak u makan dekat luar. nak? 

i cant perform well lah test tadi. hmm.. nak makan dekat mana? 

chill la. jom i bawak u chill your mind. kita makan dekat BNO. okay? 

okay boleh. 

i tunggu u dekat pagar poli pukul 5 eh? 

okay. kalau macam tu i balik bilik tukar baju dulu. catch u later! ;) 

terus aku berlari anak balik bilik untuk siap siap keluar makan dengan remy. eksaited jangan cakap la. at least aku bole tenangkan fikiran dari memerap dalam bilik menangis kenang nasib. 

dari jauh aku dah nampak remy tunggu depan pagar poli dengan motor dia. aku senyum. tak pernah lagi ada orang bawak naik motor jalan jalan dekat kawasan poli yang agak berhutan ni. sampai je dekat remy aku terus naik atas motor dan mata aku tertangkap kelibat seseorang dekat ATM machine pagar poli tu. kelibat yang juga sedang memandang aku dan lantas jeling tajam. 

hoh? zoul! aku kaget. terus suroh remy bawak motor tinggalkan pagar poli cepat cepat. tiap kali zoul tengok aku dia jeling. kenapa? 



Tuhan? kau sampaikan perasaan aku kepada zoul ke? dia dapat rasa aku sukakan dia ke? 




aku terus rasa tak sedap hati time makan dengan remy bila teringat zoul tadi. baru ingat nak release tension dekat BNO ni. kedai makan tepi pantai. tapi lain pulak jadi... 

u okay? kenapa muka semacam ni? remy tanya buat lamunan aku terhenti. 

i okay je. eh? kita keluar ni tak kantoi ke dengan gf u? 

kitorang dalam proses nak break dah. dia tu queen control sangat lah. i rimas! 

tapi i dengar cerita u dah lama kan couple dengan dia? tak sayang ke relationship korang?

yep. since form 4. masuk poli sama sama. and dia tu cemburu buta. i tak buat, cakap i buat. hah! last sekali betul betul i buat. padan muka dia! hmm… u takde bf ke erin? 

bf? takde. waiting for somebody kot. entah la. i macam tak tahu hala tujuan hidup i sendiri. i macam tak tahu apa yang i per .. 

hai boleh join? aku terkaku. aku kenal suara orang yang tiba tiba mencelah bila aku sedang bercakap dengan remy tu. 

errrr… fikri? u nak join? kitorang dah nak balik ni. 

fikri terus duduk. aku terdiam sambil tengok lagat fikri dan remy. fikri ni kenapa menyibuk tetiba ni! aku terus makan tanpa bersuara. and bila nak balik fikri terus tarik tangan aku masuk dalam kereta. fuck! 





Friday, 10 June 2011

aku bukan perampas #9

selepas aku tertidur kepenatan malam tu, esoknya aku bangun lambat. pukul 1 petang habaq hang! bangun je aku terus mandi pakai baju siap terus pergi bilik esya.

“esya … jom lunch. lapar lah!”

“esya dah makan laa tadi cha. esya kejot cha banyak kali tak sedar sedar. tapi kalau nak pergi makan sekarang esya boleh je teman. yang lain semua takde. dorang pergi pekan. lepak kot.” aku panas tetiba. mesti dorang teman oni dating dengan z0ul barangkali. shit!

“hmm… jom lah makan! cha lapar gila ni!”

esya follow aku dari belakang. dia tau mood aku tak baik dan dia sorang je tahu aku simpan perasan dekat zoul. kalau yang lain tahu mungkin akan dimarahi sebab diorang paling sayang dengan oni. mungkin oni selalu bagi apa yang diorang nak. orang kaya boleh lah! heh.

sampai dekat café aku rasa nak senyum puas puas bila aku tengok zoul. means oni bukan keluar dengan dia. hihi! tapi gila la kalau aku senyum sorang sorang kan? so aku cover. aku buat muka chillax je. then aku tengok member member yang tengah lepak dengan zoul. eh? remy pon ada? macam best je! aku dah terfikir sumthing yang ohsem. heheheheh.

bila aku nampak remy berkawan dengan zoul lagi kuat perasaan aku nak kenal dengan remy. tu la perempuan. untuk cari perhatian lelaki macam macam cara digunakan termasuk kawan dengan kawan orang yang kita suka. tak pun kawan dengan kawan ex bf. macam aku kawan dengan kawan fikri si zack tuh. bila fikri tau dia mengamuk. kan dah dapat perhatian ?

tengah aku dan esya makan tetiba ada text masuk ..

I cant take my eyes of you pretty. seriously!

hmm.. text dari remy. aku pandang ke arah meja remy. guess what? bukan remy je pandang aku. tapi zoul pon turut pandang sekali. jantung aku nak luruh. cepat cepat aku reply ..

u know what? u’re so sweet. come join me if u want to :)

aku saja ajak remy join aku makan sebab nak tengok reaksi member member dia terutama zoul tapi …

im sorry. i dah nak naik hostel lah dear. i banyak sangat esaimen nak kena siapkan dengan dorang ni. how i wish i could u know… :(

ouh. itsokey. next time la.

sorry eh u? :)

:)

heh. kalau tau tadi tak payah ajak. faking betul. baru aku nak tarik perhatian zoul. kacau lah remy ni!

“eh cha! makan lah. dari tadi mesej siapa sesenyum ni?” esya tegur aku. kusyuk sangat text sampai lupa nak makan. kehkehkeh.

“tu hah! remy. malam dinner semalam baru kenal dia. hensem kan? macam zoul jugak! tak dapat zoul dapat budak yang 1 course dengan dia pon okay jugak! hahaha!” aku cuba gelak untuk sedapkan hati. entah kenapa.

“chaaa! are u nuts? he had a gf already! si eyda tuh! budak class zoul yang garang kemain tu. tak kan tak tahu?”

“really? takpe lah. kalau dah jodoh nak buat cemane ye dak?” selamba je aku jawab sambil buat muka yang sangat inesen.

“nak jadi perampas macam oni ke cha?! cuba bayangkan bf cha curang? sukaa?!” esya seakan menjerit. aku terdiam. tapi dalam hati aku senyum. heh. like i care.

dah ada gf rupanya remy. aku agak terperanjat sebenarnya. tapi aku bukan nak sangat dengan remy pon. cuma aku nak remy untuk tarik perhatian zoul. aku tahu aku jahat tapi remy pon dah ada gf so what? aku yang salah sebab melayan atau remy yang salah sebab menggatal?

gitar takkan berbunyi kalau tiada orang petik bukan?