Thursday 26 May 2011

aku bukan perampas #3

malam tu aku pergi bilik oni. tapi dia takde. syu je ada tengah kusyuk buat esaimen. kalau aku jangan harap nak buat selagi due date tak dekat lagi. malas macam celake. aku malas nak kacau syu. karang berborak sikit confem boleh jadi berbukit. penat aku nak layan. syu ni boleh tahan banyak cakap jugak orangnya. tengah aku baring sesedap kat katil syu tetiba aku dengar oni gelak dekat luar. aku berlari lelaju kat pintu usha oni.

“oni tengah gayut dengan haris ke syu?” semangat aku tanya syu. dengan harapan dia bukan bergayut dengan zoul. haris tu pulak bekas kekasih yang oni still sayang lagi. sama macam aku still sayang dekat fikri. situasi kami sama. cuma jalan cerita berbeza.

“taklah! dah nak dekat 2 jam dia bergayut dengan zoul! lama betul!” aku jadi panas tetiba. aku pergi baring dekat katil oni. aku on netbook oni. bukak Words. aku taip kau celake 15 kali. lepas tu aku tekan Ctrl + A and delete. dayyum!

“tepi sikit cha, oni nak baring!” aku ketepi. oni baring tepi aku sambil senyum macam kambing. lahanat betul muka. ada jugak aku simbah asid karang! nak dekat 4 jam kau goda zoul dekat fon kan? nada jeles kan aku? ah pedulik!

“gayut dengan zoul lah tuh kemain senyum!” oni gelak terkekek kekek macam perempuan gedik. ah! dia memang gedik! bukan macam dah!

“eh camane oni boleh rapat dengan zoul? dia approach oni dulu ke?” aku tanya dengan muka inesen semacam.

“yes my dear. dia add oni dekat myspace cha. then borak borak tukar nombor sampai la sekarang.”

“dia add oni? dia ada myspace eh? ouhhhhhh”

“i wanna sleep cha. pergi lah borak dengan syu. goodnight!” oni terus tarik selimut tutup muka sambil senyum bangga. siyal! tak payah la nak senyum sampai camtu sekali! baru dapat gayut je kot?

aku terus balik bilik. on lap top. log in myspace. time tu default picture kemain pakai hot pant dengan baju ketat bagai. friends pon nak dekat puluh ribu. rempit sangap lah ramai. budak kecik tak baligh lagi pon ramai! ah pedulik! aku terus cari profile oni. bila bukak profile oni aku tengok bahagian comments.

zoul : welcome and thanks add. looks like we’re in the same dept. u course ape eh?

aku pelik tetiba zoul reply welcome? thanks add? aku cecepat klik profile zoul. tengok bahagian comments.

oni : thanx approve! u zoul kan? jabatan elektrik kan? kita sama jabatan la! its nice to met you here handsome! *winkwink*

apakebabi ni? siapa add siapa? oni tipu aku?



aku terus tutup lappy. terus baring capai fon.

goodnyte. sweet dream. hope you still wanna be mine someday :)

aku text fikri. perkara biasa aku buat sebelum tidur. dan kadang kadang terus tertidur sambil tunggu fikri reply tapi habuk pon takde?


siyal! badi apa kena dekat aku ni?




13 comments:

Anonymous said...

its kinda cool story. cerita betul ke tak ni? jangan marah. tanya (:

kupaslaroren said...

jalan cerita menarik macam novel pulak :)

Titel said...

AAJ Jr. : ni kisah benar. 3 tahun yg lalu :)

kupaslaoren : bole tak kira mcm novel on9? hihi!

Anonymous said...

oh. dah macam Awek Chuck Tylor pulak. cerita macam novel tapi based on true story. cepat cepat sambung okay?

(:

oranglidi said...

kah3! demit tul oni. makin mnjadi-jadi. dhla dia yg gi add si zoul dulu. cheit btul.

makin syok plak aku baca entri2 pasai kesah ko ni.. nk link blog ni buleh?

Titel said...

AAJ Jr : Awek Chuck Taylor? means?

oranglidi ; link blog? tak paham la? cemane eh?

oranglidi said...

ala. nk link bloglist ler. nanti kang kate x mntk kbnaran plak. hahaha

Titel said...

orang lidi : ouh okay okay. dah bg kebenaran ni. hihihi! :P

esya ecah said...

tq dear drop kt my blog..huhu
neway nice story..tulis lg..nk bce..hehehe...suke nie.. ^_^

RastaMat said...

lu ada kat hujung simpang yang ada 3 jalan ;

1. pergi dekat fikri
2. teruskan usaha meminati zoul
3. blah dari sume tu dan terus hidup keseekoran..

simpang jalan tu mungkin bertambah cabangnya dari semasa ke semasa hingga matlamat tercapai..

tapi akan muncul lagi hujung simpang yang banyak cabangnya..

Duniakuabstrak said...

dramatik betul..haha

Amni said...

paham perasaan bila kita nak balik orang tu... tapi kadang2 hidup kena terus kan? huhu... sedih. lol! aku benci perasaan tu...

Titel said...

esya ; thanks :)

rastamat ; mungkin hati aku pilih fikri tp fikri dah tawar hati dgn aku.

duniakuabstrak ; kan?

amni ; tp klu kita rasa dia jodoh kita tak salah kita cuba lg kan? =.='